sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Rabu, 15 Julai 2009

Kerja..kerja..kerja


Kerja...kerja...kerja. Tak de kerja tak de gaji . Nak gaji kerjalah. Mulai 14 hingga 16 Julai saya berada di Hotel Selesa JB untuk mesyuarat penyelarasan projek CEKAP peringkat kebangsaan. Saya ditugaskan sebagai tenaga pengajar untuk projek tersebut. Setiap pengajar ditetapkan untuk menggunakan kaedah samada tradisional, dengan BBM atau guna ICT. Saya kena kaedah ICT dengan nisbah murid 15 orang. Yang bagusnya, bahan utk. ICT dah disediakan. Tinggal guna je. Yang kena ngajar guna BBM je yang sibuk buat BBM. Projek ini untuk mengkaji kaedah yang mana sesuai untuk murid pemulihan dan juga nisbah bilangan guru:murid yang sesuai.Bilik penginapan saya di tingkat 24 .Mak oiii... tempat tertinggi saya pernah berada. Gayat bila tengok ke bawah.
Pandangan dari bilik tingkat 24

Selasa, 14 Julai 2009

Jalan-jalan


Keesokan harinya kami bawa mereka ke Ayer Hitam. Mak nak cari pasu kecil untuk buat bonsai manik. Kami selalu juga lalu kat ayer hitam tu bila balik Batu Pahat. Tapi tak pernah singgah. Maklumlahkan kena ikut driver.


Bersama opah dan mak ngah kesayangan...sebelum bertolak ke Ayer Hitam.



Bersama atuk kesayangan

Tiga sepupu yang jarang jumpa.

Lepas jalan-jalan di situ kami gi makan kat sebuah restoren mamak. Nampaknya macam sedap je. Tapi rupanya 2 bintang je boleh diberi. Lain yang diorder lain pulak yang diberi. Lalat punyalah banyak.

Meriah dengan lalat.

Gembira dengan pertemuan ini. Dapat juga melepaskan rindu. Esoknya abah call. Puas hati coz dapat jumpa semua anak-anaknya. Balik dari Johor hari tu dorang singgah di KL rumah adik yang bongsu. Saya pula gembira kerana dapat buah tangan dari kampung yang dibawa oleh mak dan abah seperti buah salak yang ditanam oleh abah, gula kabung, rendang rusa dan kuah pecal yang dibuat oleh emak. At least lepaslah rasa rindu pada semua tu. Mereka memang memahami. Terima kasih mak, abah.







MELEPAS RINDU




Assalammualaikum. Lama juga rasanya tak updatekan blog ni. Bukannya apa, sibuk dan menyibukkan diri. Hujung minggu yang lalu, mak, abah dan adik datang dari Raub . Saja jalan-jalan nak test kereta baru. Anak-anak seronok coz lama tak jumpa cousin dorang.










Malamnya kami ke Medan Ikan Bakar Umbai di Melaka. Ingatkan dekat, jauh juga rupanya. Balik rumah lapar balik. Ramainya orang sampaikan kena tunggu orang bangun untuk dapatkan meja. Apa-apapun best jugak tambah lagi orang belanja. Fateh anak saya yang ke 6 tak nak makan. Katanya sakit gigi. Rupa-rupanya nakkan pedang berlampu yang banyak dijual di situ.









Fateh sakit gigi nak pedang




Atuk makan dengan berseleranya.