sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Selasa, 29 September 2009

KENANGAN TERINDAH 1

Haa..Inilah baju raya anak-anak dara saya. Kalau sepasang harganya tak kurang dari RM50, 4 pasang dah RM200. Beli kain untuk 5 pasang ( dengan maknya sekalilah) tak sampaipun RM200. Kan dah jimat tu...
Ini aktiviti lepas berhari raya. Sekarang ni musim buah kundang. Buah ni dah lama saya tak jumpa, sebab bila saya balik kampung , bukan musim buah tu. Kebetulan balik ni, ada buah kundang. Di sebelah utara dipanggil buah star ( ' staq '). Bijinya warna ungu. Sebab tulah warna ungu tu disebut juga warna biji kundang.
Suhaila dan sakinah sedang menjolok dan memungut buah kundang.
Haa...inilah hasilnya. Yang dah masak boleh dimakan terus dengan kicap. Yang muda dibuat jeruk. Boleh makan dengan nasi.

Buah kundang yang telah dihiris dan sedia untuk dimakan.

Ahad, 27 September 2009

BALIK KAMPUNG!!!

Amboi..seronoknya mengalahkan bebudak lagi. Kami balik ke Batu Pahat pada malam Jumaat tu. Naik apalagi..kenderaan rasmi keluargalah. Van ni baru dicat. Macam van kilanglah pulak.

Kenderaan rasmi



Executive class (Tempat tidur)

Pandangan sisi.


Rabu, 16 September 2009

DAH NAK RAYA!!!

Alamak! Raya hari Ahad ke? Cepatnya. Banyak lagi perkara yang belum diuruskan ni. Baju kurung anak belum siap, kuih belum buat, rumah belum kemas...Mak oiii...Nasib baiklah hari Jumaat cuti. Boleh menjahit sepanjang malam ni. Besok boleh tidur dalam kereta masa balik kampung.



Yang penting jahit baju dulu. Rumah tak kemas tak apa. Bukan beraya kat sini pun. Balik kampung. Kuihpun boleh KIV dulu. Lepas rayapun masih boleh buat / beli kuih / import dari kampung..he..he..he. Raya tahun ni ekonomi kurang stabil sikit. Jadi, kenalah berjimat-cermat. Bonuspun takde. Bantuan ihsan lagi tak dapat.




Ada orang membelanjakan budget yang agak besar untuk hari raya. Dari segi persiapan rumah, pakaian mahupun makanan. Barang kemaspun beli setiap kali raya!!..Baju berpasang-pasang..kasutpun juga. Budget untuk makanpun besar juga. Macam-macam jenis makanan nak dimasak pada hari raya pertama. Di tempat saya (Pahang) tidak pula begitu. Keluarga saya tidak menyediakan makanan yang begitu banyak pada hari raya pertama. Kami hanya memasak rendang daging, ketupat dan lemang sahaja. Itupun untuk sarapan pagi sahaja sebelum ke masjid bersembahyang raya. Tetapi apabila saya berada di Johor, menjadi kejutan budaya bagi saya apabila kena memasak begitu banyak menu pada hari raya pertama. Lontong, ketupat, kari ayam, sambal goreng, ayam kicap. Belum lagi benda-benda lain seperti beras pulut campur kacang dan kelapa yang dibungkus dengan daun kelapa tu (saya dah lupa namanya). Mak oii.. memang pengsan saya dibuatnya.




Paling saya rindu di hari raya adalah rendang daging mak saya. Kalau balik ke Pahang setibanya di rumah itulah yang saya cari dulu. Dah belajar cara membuatnya dengan emak, tapi tak sama dengan yang emak masak. Air tangan ibulah katakan. Kuih pula, kuih karas yang emak saya buat. Sedapp....Dulu-dulu, masa zaman saya kecil, setiap kali raya emak akan buat kuih bunga cina. Kuihnya diperbuat dari campuran tepung kastard dan tepung gandum juga susu pekat. Rasa susu tulah yang menyedapkan kuih itu. Sekarang emak dah tak buat kuih tu lagi. Sekarang saya buat sendiri je kuih tu.




Sejenis kuih lagi yang saya suka ialah kuih putu kacang. Ianya diperbuat dari tepung kacang hijau yang disangai dan digaul dengan gula halus. Selepas itu dimasukkan hingga padat ke dalam acuan kayu kecil bercorak dan dijemur sehingga kering. Emak selalu menempahnya dengan jiran kami. Saya pula selalu pergi melihat beliau membuat kuih itu. Kuih ini tak perlu dibakar, cuma dijemur di tengah panas. Sekarang dah susah nak jumpa kuih ni.




Kuih bangkit juga adalah kegemaran saya. Tapi bukannya bangkit yang biasa dijual tu. Saya paling suka bangkit yang kakak saudara saya di Batu Kurau yang buat. Rasanya lemak serta tidak berapa manis dan lembut / cair apabila dimasukkan di dalam mulut. Rupanya putih gebu.




Seronoknya hari raya masa kecil dulu apabila dapat beli baju dan kasut raya baru. Sekarang melayan kerenah anak-anaklah pulak. Terlalu banyak sebenarnya kenangan di hari raya. Di lain kesempatan akan saya catatkan.




SELAMAT HARI RAYA






Khamis, 10 September 2009

SMS KREATIF

Awal Ramadan yang lalu banyak juga ucapan selamat diterima. Dalam banyak-banyak SMS tu ada 2 SMS yang saya rasa cukup kreatif dan menarik.

" Selamat menaiki penerbangan RAMADAN-AIR bernombor 1403H menuju AIDILFITRI . Kita akan terbang pada ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar. Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT . Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN...Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA "


" Jangan lupa RENEW lesen mulut, SERVISkan hati, kawal KADAR pencemaran mata dan telinga, pelihara ENJIN perut, TAX minda dan CUKAI kesabaran. Anda mungkin salah seorang pemenang anugerah malam Lailatul Qadar 2009..InsyaAllah..Ayuh banyakkan ibadah, beritiqaf pada ramadan ini...Tuah anda siapa tahu. Amin. Selamat berpuasa dan berbuka puasa"

Rabu, 9 September 2009

MALANG TIDAK BERBAU

Mesyuarat penyelarasan tugas di SKPK Batu Pahat untuk kursus minggu hadapan berjalan lancar meskipun di dalam bilik yang sekejap sejuk sekejap panas. Setelah mendapat tugasan yang diamanahkan aku bergegas keluar. Hajat di hati nak singgah di Euro Moda/Gulathis. Saja cuci mata. Nanti bolehlah singgah di Parkson bersebelahan untuk mencari kasut. Kasut yang akan kugunakan untuk menjaga peperiksaan UPSR esok. Kasut yang bertumit rendah kerana khabarnya jaga periksa tak boleh duduk. Kena berdiri sepanjang masa. Ini adalah kali pertama aku menjaga periksa. Belum ada pengalaman, cuma mendengar cerita orang.
Kunci kereta ku ambil dan seterusnya ku buka pintu kereta. Telefon bimbit kucapai dan menekan punat 'last call'. Nombor terakhir ku dail. Terdengar suara suamiku menjawab telefon. Aku memaklumkan yang aku akan bertolak pulang. Enjin kereta ku hidupkan. "Dah masuk keretapun nak calling-calling lagi?" "Biasalah kak, sampai beritahu, nak balik pun kena beritahu." Rakan seperjuangan menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi.

Gear undur aku masukkan, dan cuba bergerak. Enjinnya mati dan kereta terasa berat. Aku hidupkan sekali lagi enjin dan cuba mengundurkan kereta. Berjaya tetapi hati rasa tidak sedap. Lalu aku memberhentikan kereta dan turun melihat sesuatu yang aku syaki. Sah! Tayar keretaku pancit!!! Alamak! siapa nak tolong aku ni... Aku tak pandai bab-bab tukar tayar ni. Yang aku tahu cuma pandu. Telefon bimbit kucapai. Nombor C.Ateh ku dail. Siapa lagi yang boleh aku minta tolong kalau bukan C.Ateh kerana aku masih di dalam kawasan sekolahnya! Dipendekkan cerita akhirnya C.Ateh, seorang gurunya dan pengawal keselamatannya telah menolong ku menukarkan tayar. Bermandi peluh mereka membantuku. Kasihan pulak aku melihatnya Nak belanja minum, bulan puasa. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka. Syukur Alhamdulillah..dipertemukan dengan orang yan baik-baik.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada mereka, aku bertolak pulang. Sebelum itu aku singgah di kedai tayar untuk menampal tayar. "Kak, tayar ni tak de bocorpun. Tak payah tampal . Tapi break-pad akak ni dah haus. Kena tukar ni. Kalau tidak akan merosakkan disk.Lagi banyak kos ." Alamak! disk apa pulak ni. Yang aku tahu cuma disk komputer. "Berapa kosnya dik?" " Murah je, cuma RM65 sepasang." Setelah mencongak-congak di dalam kepala, aku mengambil keputusan untuk menukarnya." Memasangnyapun tidak mengambil masa yang lama. Setelah membuat pembayaran, akupun bertolak. Singgah juga di Square tu. Dapatlah beli kasut. Nak ke Euro Moda pun dah tak sempat. Aku selamat sampai di rumah pada jam 5 petang. Nak masak? Penat....beli jelah.

Ahad, 6 September 2009

BERCUTI DI KAMPUNG

Alhamdulillah. Akhirnya minggu ini saya sekeluarga berkesempatan balik ke kampung suami di Parit Bengkok, Batu Pahat. Lama juga kami tak balik bermalam. Selalunya balik hari sahaja. Bukannya apa, cuma keadaan rumahnya yang agak uzur tidak mengizinkan kami bermalam.


Sekarang ni kami sedang membina rumahnya (merangkap rumah kami) di tanah suami. Tak jauhpun. Seberang jalan je. Pembinaannya tu pun penuh kontraversi. Biasalah bila melibatkan wang. Betullah pepatah melayu berkata ' Seorang ibu boleh menjaga anak yang ramai, tetapi anak yang ramai itu belum tentu boleh menjaga ibu yang seorang ' .

Tapak rumah baru

Rumah yang hampir siap



Rumah baru tu pun dah boleh duduk. Mak pun dah pindah ke rumah baru itu walaupun belum ada elektrik dan air. Budget kami pun dah habis. Mengharapkan ihsan dari anak-anaknya yang lain...bagai menunggu buah yang tidak gugur. Bagai menunggu ayam jantan bertelur (tapi saya pernah jumpa ayam jantan bertelur). Ahh.. lupakan....

Kami bertolak dalam pukul 10.00 lebih. Setibanya di Batu Pahat lebih kurang 12.00 lebih. Beberapa tempat saya lihat sudah ada penjual yang menjual makanan dan dah ada pembeli juga. Pukul berapalah agaknya penjual tu mula memasak. Lepas sahur agaknya. Yang menjadi persoalannya apakah motif dia menjual sebegitu awal. Mungkin sasarannya adalah pembeli dari bukan Islam. Namun apa pula motif pembeli Islam yang membeli makanan seawal itu? Simpan untuk berbuka ke? Awalnya.....sejuk makanan tu.