sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Rabu, 18 November 2009

KD SULTAN ISMAIL

Pada 13 - 15 November yang lalu saya sekeluarga ke Kem Pularek di Tanjung Penggelih. Jauh betul tempat tu. Penghujung jalan. Saya mengikut sekolah suami yang mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform di situ. Tempatnya cantik.

Bergambar di jejambat menghala ke jeti.

Murid-murid tidur di dalam khemah yang disediakan oleh pihak Kem. Setiap khemah diisi dengan 10 katil askar dan menempatkan 10 orang budak. Makan dan minum disediakan oleh pihak Kem juga. Guru-guru pula diberi bilik pelatih yang menempatkan 2 katil. Macam bilik asrama gitu. Nak mandi, kena keluar ke bilik air. Teringat zaman kat asrama dan maktab dulu.

Bergambar dengan bot TLDM sebelum makan BBQ


Malam pertama di sana kami disajikan dengan BBQ. Ada ikan, ayam dan udang bakar juga nasi goreng cina. Seronok, makan tepi laut sambil melihat feri dari Batam yang baru tiba di jeti.

Feri dari Batam

Keesokan paginya kami pergi memancing di jeti. Air baru nak surut. Mula-mula La dapat anak ikan kerapu. Lepas tu suami dapat pula ikan Bayan. Mulalah rasa seronok nak memancing. Tak perlu guna joran yang canggih. Guna tali pancing , batu, mata kail dan umpan . Turunkan je di tepi jejambat tu. Tak payah nak campak jauh-jauh. Memang dapat punya. Anak ikanpun anak ikanlah.

Ikan Bayan yang memakan umpan


Anak ikan kerapu yang dipancing oleh La


Bergambar berlatarbelakangkan feri dari Batam

Pada waktu petangnya. murid-murid menjalani aktiviti ketahanan diri di dalam air. Mereka dibawa masuk ke dalam air laut sehingga kedalaman yang tertentu. Habis baju-baju mereka diwarnai lumpur.

Pada pagi Ahad pula diadakan senamrobik bersama pelatih TLDM dan dipimpin oleh jurulatih mereka. Pelatih perempuannya tak dapat nak dibezakan kerana rambutnya dipotong pendek macam lelaki. Memang nampak tomboy.Selepas sarapan saya dan anak-anakberendam di kolam renang yang terdapat di situ. Seronoknya dapat berendam. Kalau selalu dapat begini kan best.

Adik Dah bermain di kolam kanak-kanak.


Bermain di kolam renang. Kami dibekalkan dengan 'pelampung'.

Bergambar dengan catur gergasi.

Suhaila dengan buah catur.

Sakinah dengan buah catur pilihan.

Fateh dengan buah catur 'kuda'.

Suaidah dengan buah catur pilihan.

Pemandangan dari atas bukit.

Berlatarbelakangkan jeti feri Batam

Khamis, 12 November 2009

KEMBALI KE SEKOLAH

Setelah empat hari berada di sekolah baru hari ini berkesempatan mengemaskini blog. Bila hujung tahun begini memanglah sibuk dengan berbagai urusan. Jangan kata guru pemulihan tak sibuk. Masa inilah nak menjalankan ujian pelepasan dan mengemaskini berbagai maklumat murid pemulihan. Tugasan lain juga menanti. Sebagai penyelaras Skim Bantuan Tuisyen, kenalah buat laporan, update data, cari calon tahun hadapan, kewangan dan sebagainya. SKPM pun, masa ni lah nak data juga. Pening kepala dibuatnya.

Sepanjang minggu ini juga saya membuat Gerak Gempur tahun 3 (murid pemulihan). Maklumlah dah selalu sangat tinggalkan mereka. Kena 'bayar' balik hutang tu. Alhamdulillah, sebahagian besar dah boleh baca. Yang tak boleh tu, murid baru. Murid lama tu ada juga 3 orang yang masih kvkv. Seorang lagi abjad dan seorang calon pendidikan khas. Kenalah fikirkan bagaimana nak tolong mereka ni tahun hadapan.

Apa-apapun sepanjang minggu ini berlalu dengan tenang. Esok saya nak ke Tanjung Penggelih. Ikut sekolah suami perkhemahan uit beruniform. Saya nak enjoy!!!!!!!!

p/s - Puas cari makna 'kokak' dalam kamus. Rupanya perkataan tu tak wujud pun!!

Selasa, 3 November 2009

KEM KOAKADEMIK 1

Kem Ko Akademik Murid Pemulihan Khas dan Disleksia Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Desaru Golden Beach Resort. Seramai 161 orang murid pemulihan dan disleksia dari seluruh Malaysia berkampung di sini dari 1 November hingga 5 November 2009. Semua JU Pemulihan Khas dikerah menjadi urusetia. Hari pertama , pendaftaran peserta berjalan lancar. Yang jauh sampai lewat dan keletihan. Urusetia bermesyuarat sehingga pukul 1.00 pagi. Mengantuk tak terkira.....

Pagi Isnin semua murid dan guru pengiring mengikuti program Malaysia cergas yang diisi dengan senaman ringan dan juga ice-breaking. Murid-murid dan guru begitu sporting dan bersemangat mengikut arahan Cikgu Reduan.







Selepas bersarapan, murid-murid telah dibahagikan kepada 10 kumpulan. Program pertama ialah Jati Diri. Setiap kumpulan diminta mereka cipta bendera dan nama kumpulan. Mereka juga melukis poster kumpulan.


Aktiviti pada sebelah petang diisi dengan aktiviti Mencabar Minda. Malamnya pula latihan kebudayaan. Selepas selesai, urusetia bermesyuarat lagi untuk persediaan hari esok dan juga post-mortem hari ini. Pukul 12.00 lebih lagi...

Keesokan harinya selepas bersenam dan aerobic (poco-poco dan chicken dance oleh cikgu Itaerdayu) murid-murid mencari harta karun pula. Sebelah malam pula Pertandingan kebudayaan. Wah..berbakat juga anak-anak didik tu.
Hari Rabu diisi dengan sukaneka dan juga kuiz. Sukaneka dijalankan selepas kuiz kerana hujan. Pada waktu petang rehearsal untuk majlis penutup malam nanti dijalankan. Sebahagian murid pergi ke padang golf. 4 negeri dipilih untuk membuat persembahan berdasarkan keputusan 4 yang terbaik.

Saya akan memasukkan gambar-gambar di sekitar kem ini lain kali. Ini adalah kerana masa yang diambil untuk memuat turun gambar sangat lambat. Masa juga amat terhad. Insya Allah.

Apa yang pasti, kem koakademik ini berjaya menyatupadu murid-murid dari pelbagai kaum dan negeri. Selain dari itu urusetia juga bersatu tenaga dan jiwa raga dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Syabas untuk semua urusetia. Moga dapat bekerjasama lagi di lain masa. Terima kasihhh semua!!!!!
Renung-renungkan.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Cubit peha kiri, peha kanan terasa.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Bagi aur dan tebing.
Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan.
(nantilah..belum khatam lagi belajar ngan Karam Singh Walia)