sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Rabu, 17 Jun 2009


Hari ni baru hari ketiga persekolahan tapi rasanya macam dah berhari-hari sekolah penatnya. Hari pertama sekolah dah sibuk dengan urusan fail Skim Bantuan Tuisyen. GPK HEM minta kemaskini coz pemantauan dari PPD telah bermula. Hari kedua mesyuarat P1NCH peringkat sekolah. Tak tahulah camane. Sambutan dingin je dari cikgu-cikgu bila tanya cadangan program yang nak dibuat di bawah P1NCH. Seorang berdua je yang respon , selebihnya bler je.Itu baru di peringkat sekolah. Situasi ini membuatkan saya merasa ngeri untuk menyampaikan maklumat P1NCH di peringkat daerah pula nanti. Hari-hari berikut ni pula saya sibuk menjalankan ujian IPP2M untuk pelepasan murid-murid pemulihan saya. Harap-harap mereka boleh menjawab dengan baik dan melepasi wajaran. Risau gak coz selalunya naik cuti ni budak-budak tu lupa. Contohnya , hari ni saya bagi ujian matematik , ramai jugak yang lupa camana nak tambah mengumpul semula. Adoi.... camane nak pupuskan masalah budak pemulihan ni!Tension........

Khamis, 11 Jun 2009




Pagi tadi saya sempat menonton MHI sebelum turun ke cafe untuk sarapan. Depa cerita pasal hobi. Saya pernah bercerita mengenai hobi suami saya. Ini adalah di antara koleksi beliau.

Selain dari rakan-rakan di maktab, saya juga mempunyai rakan karib semenjak dari sekolah rendah lagi. Kami bersekolah di sekolah yang sama sehingga ke tingkatan enam di SEMSAS, Kuantan. Kami pernah berjumpa masa raya tahun lepas. Kami berkumpul di rumah salah seorang kawan kami dan menjamu selera.Macam-macam yang kami bualkan. Suami-suami kami mati kutu. Seronoknya kami masih mengekalkan 'shape' masing-masing. Entah bilalah lagi kami akan bertemu... Walaupun kami ni semuanya cikgu dan bercuti pada waktu yang sama, tapi masing-masing ada tanggungjawab. Inilah rakan-rakan karib saya, Ana, Ja dan Rhu. Teringat zaman sekolah dolu-dolu......
Hari Selasa 9 Jun 2009 yang lalu, saya dikunjungi rakan lama masa di maktab dulu, membuatkan saya terkenang masa dulu-dulu. Klik saya terdiri dari 5 orang. 4 orang Pahang dan seorang dari kelantan. Sehingga kini kami masih berhubung melalui sms mahupun telefon. Terima kasihlah teknologi terkini. Impian saya ingin berkumpul dengan rakan-rakan saya tu. Mesti riuh-rendah punya. Bilakah impian itu akan tercapai?

Isnin, 8 Jun 2009

cuti sekolah

Dulu-dulu cuti sekolah menyeronokkan. Pasal tu ramai yang nak jadi cikgu coz cuti panjang. La ni jangan harap. Cuti sekolah ada saja program. Kelas tambahan lain, kursuslah , mesyuaratlah. Minggu kedua saya dah kena gi mesyuarat 3 hari. Kat Muar plak tu.