sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Sabtu, 31 Oktober 2009

HARI KELUARGA SK ULU TIRAM

SK Ulu Tiram mengadakan Hari Keluarga 2009 di D'Punggai Bayu Resort. Selepas Zohor kami sekeluarga bertolak dan tiba lebih kurang dalam pukul 4 lebih. Selepas masuk ke bilik, semua sibuk menyalin baju untuk mandi di kolam renang. Semuanya tak sabar-sabar nak mandi.
Acara pertama pada petang ini ialah acara menggubah bunga. Masing-masing bersungguh-sungguh mencipta kelainan. Gubah jelah, suka-suka je kan. Menang kalah belakang kira.


Mandi-manda di kolam renang.



Jas, Wid dan Yati bersemangat menyiapkan gubahan.

Aktiviti si bujang di malam hari - memancing

Jumaat, 30 Oktober 2009

HARI LAHIR SUAIDAH FARZANAH

26 Okt. lepas adalah hari ulang tahun ke 4 kelahiran adik Dah. Sibuk sungguh dia suruh belikan kek. Dalam perjalanan pulang dari kursus, saya singgah di Tesco dan belikan sebiji kek untuknya. Cadangnya tunggu semua dah balik dari sekolah baru nak potong. Tapi tak sabar-sabar pulak dia, nak potong kek juga. Dah puas menangis, akhirnya terpaksalah potongkan juga. Sebab tulah gambarnya sedih je.


Adik Idah dengan muka yang moyok .


Bersungguh-sungguh meniup lilin.

Adik memotong kek.

Khamis, 29 Oktober 2009

TAMATNYA KURSUS PENATARAN

Fuhh...lega betul rasanya. Hari ini merupakan hari terakhir kursus penataran P1NCH di Daerah Pasir Gudang. Oleh kerana hari ini hari Jumaat, kami terpaksa memendekkan slot masing-masing. Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar. Kekurangan mungkin dari segi makanan. Makanan kami disediakan oleh kantin sekolah ini. Setiap hari ada je kesilapan yang dibuat. Hari pertama okey lagi. Hari kedua, ayam untuk soto tak cukup. Mungkin peserta terambil lebih. Hari ketiga , menunya banyak , tetapi dalam jumlah yang sedikit. Hari berikutnya, disediakan nasi goreng , tak cukup juga. Kami pula tak dapat makan nasi goreng tetapi disediakan roti tampal telur yang keras. Tengah hari pula lauk kari telur!!!. Hari berikutnya, kami dihidangkan pula dengan bihun kosong dan lauk tengah hari sayur lemak pucuk manis dan kupang. Hari ni tak tahulah apa pulak.

Menjamu selera bersama rakan-rakan JU

Tg. Maheran dan Hidayah menjamu selera.


Roti banjir air teh tampal telur ( Kami je yang faham).

Isnin, 26 Oktober 2009

KURSUS PENATARAN P1NCH

Daerah Pasir Gudang masih belum menyelesaikan kursus penataran tu. Hari terakhir ialah pada 30hb. Oktober ini. Tak sabar nak habiskan. Pagi-pagi tadi, semasa di dalam perjalanan ke tempat kursus, Kak Jamilah dari Johor Bahru menelefon. "Tak datang sekolah akak ke? " Saya tanya, "Ada apa?" "Kan ada mesyuarat. " " Lah...mesyuarat apa tu? Saya tak pergi sekolah. Sekolahpun tak de pulak beritahu." "Mesyuarat ko-akademik rasanya, hari ini dengan esok." " Tak gi lah kak. Saya ada kursus ldp ni. Esok saya nak gi sekolah je. Kalau ada apa-apa, call saya ye." " Ok". Begitulah situasinya. Saya jangka saya boleh ke sekolah hari Rabu ni. Tapi, rupa-rupanya ada lagi program. Sabtu ni pulak hari keluarga sekolah saya yang akan diadakan di Pantai Punggai sehinggalah ke hari Ahad. Petang Ahad saya perlu mendaftarkan diri di Desaru Golden Beach Resort untuk Program Ko Akademik selama seminggu. Tak dapat nak bayangkan bagaimana nak melaluinya?

Ahad, 25 Oktober 2009

JADUAL PERGERAKAN

26 /10 /2009 - Kursus Penataran P1NCH untuk Ketua Panitia/Ketua Bidang Bahasa Melayu
27 /10 /2009 - Kursus Penataran P1NCH untuk Ketua Panitia/ Ketua Bidang Matematik
29/ 10/ 2009 - Kursus Penataran P1NCH untuk Guru KBSR / KBSM Bahasa Melayu
30/ 10/ 2009 - Kursus Penataran P1NCH untuk Guru KBSR / KBSM Matematik.
1-6/11/2009 - Program Ko Akademik Peringkat Kebangsaan 2009 di Desaru Golden Beach Resort
12 - 14/11/2009 -Post Mortem Kursus P1NCH di Damai Resort , Desaru.

Selepas itu, tak tahulah nak ke mana pulak.
Saya harap tak ada aktiviti lagi. Saya nak pergi sekolah!!!!!!

Isnin, 19 Oktober 2009

DESARU GOLDEN BEACH RESORT 2

Hari ini hari kedua kami berkampung di sini. Masing-masing semakin rancak menyiapkan tugasan sehingga tidak sempat untuk bersiar-siar di tepi pantai. Asyik 'berkurung' di dalam Dewan Saksama ni je. Bila dah berkumpul dan semakin tension macam-macam boleh berlaku. Antaranya:

Fesyen rambut terkini. Sila berurusan dengan En. Jamari untuk tempahan.

Wajah-wajah urusetia yang dah mengantuk.

Makanan di sini sedap juga. Menjamu selera 11.00 malam.

Nursyidah

Fadzlun

Kak Jamilah
Menyiapkan bahan Cabaran Minda

AJK Harta Karun sibuk mengira harta

DI DESARU GOLDEN BEACH RESORT

Hari ini saya berada di Desaru Golden Beach Resort. Saya memandu sendirian ke sana. Suami dan anak-anak ke Pontian menghantar anak yang kedua dan ketiga ke sekolah dan seterusnya ke Tangkak mengambil anak di Kolej Matrikulasi yang mula bercuti.
Bagus juga tempat ni. Suasana nyaman dan sunyi dari hiruk-pikuk kenderaan. Masalahnya cuma bilik penginapan kami tu jauh sedikit dari dewan tempat bermesyuarat. Terpaksa naik kereta pulak. Nak jalan kaki , jauh jugak.
Kami jurulatih utama negeri Johor berkumpul di sini untuk menyiapkan bahan-bahan berkaitan dengan Program KO-Akademik Murid Pemulihan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 1 - 5 Nov. akan datang. Masing-masing sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya diamanahkan untuk menguruskan bahagian kebudayaan.
"Cepatlah!....Aku dah penat nunggu ni...tak siap-siap lagi?"

Pakar IT, Cikgu Zaidi dan Cikgu Rosmah sibuk menyiapkan bahan untuk kuiz.

" Ooo..pening, pening........"

Cikgu Normala & Ita Irdayu tetap control ayu walaupun sibuk.

Apa-apapun tahniah untuk semua.

Khamis, 15 Oktober 2009

ALAHAI ANAK MURIDKU...

Rindu. Itulah perkataan yang dapat menggambarkan perasaan tika ini. Terasa sangat kerana sering meninggalkan mereka. Rasa bersalah pun ada. Minggu ini saya bertemu murid saya sehari sahaja. Minggu lepas dua hari. Minggu depan pun sehari saja. Minggu satu lagi mereka dah menghadapi peperiksaan akhir tahun.
Kebimbangan memang ada. Apa yang diajar sebelum ni tak mungkin melekat di jiwa mereka. Seperti hari ini , setelah 4 hari tidak berjumpa, masih ada murid yang belum dapat menjawab soalan tolak dalam lingkungan 18 dalam bentuk lazim. Ada juga yang boleh buat terus tanpa bantuan. Ada yang perlu diimbas kembali. Ada yang memerlukan bimbingan individu. Hai..nak buat camna ni..Ditelan mati emak. Diluah mati bapak. Kera di hutan disusukan. Anak sendiri mati kehausan.
Semoga tahun hadapan kekurangan ini dapat ditebus kembali. Harap-harapnya tahun hadapan tidaklah sesibuk ini, supaya fokus kerja dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Atau...letak jawatan JU?

Selasa, 6 Oktober 2009

SIBUK BETUL

Sepanjang bulan Oktober JU Pemulihan begitu sibuk dengan Kursus Penataran P1NCH di daerah masing-masing. Begitu juga di daerah saya, Pasir Gudang. Pada 30/9/2009 telahpun bermula dengan sasaran untuk GPK 1 sekolah rendah dan menengah. Minggu ini pada 6 dan 7 Oktober kami berkampung di sekolah Kak Aisyah di Johor Jaya 2 bagi menyiapkan semua bahan-bahan kursus yang akan diedar sepanjang kursus itu nanti. Kursus berakhir pada 27 Oktober ini.

Bahan-bahan kursus tersedia untuk disusun.

Fail-fail yang telah kami gamkan.(Terima dari PPD tapi kena modified)

Jenuh juga nak menyusun bahan-bahan ni.

Bekalan makanan mencukupi. Sumbangan Masing-masing Sendirian Berhad.

Cikgu Lee yang rajin. (Bahagian ICT- 'bakar' CD)

Kak Aisyah dan Hidayah

Kak Aisyah bahagian urusetia merangkap setiausaha. Tugasnya menaip je.

Ahad, 4 Oktober 2009

KENANGAN TERINDAH 2

Gambar kenangan di hari raya 2009




Inilah pokok buah salak. Menu tambahan di hari raya. Rumah lain tak ada, tapi di rumah abah
di Raub ni dihidangkan buah salak.

Setandan buah salak yang disimpan khas untuk saya. Terima kasih abah.

Haa... inilah kuih putu kacang yang saya ceritakan dulu. Di Johor digelar kuih koya. Jika dibuat secara tradisional rasanya memang sedap. Dulu-dulu kacang dan gulanya ditumbuk secara manual.

Inilah sahabat baik saya . Kami belajar dari darjah 1 di sekolah yang sama sehinggalah ke tingkatan 6. Selepas STPM, dia menyambung belajar di universiti sementara saya cuma ke maktab je. Hampir dua tahun juga kami tak bertemu. Terima kasih di atas kunjungan.