sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Selasa, 11 Oktober 2011

SETELAH SEKIAN LAMA.

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Setelah berkurun lamanya menyepikan diri, akhirnya tergerak hati untuk menulis hari ini. Sebelum ni pun saya dah ada menulis, tapi ada masalah apa entah, blog tak terbitkan catatan. Terus merajuk....

Isnin lepas, 10 Oktober 2011, saya dijemput menjayakan Kem LINUS Daerah Pasir Gudang di SK Taman Rinting 2. Slot yang diberikan pada saya ialah literasi konstruk 2. Seramai lebih kurang 22 orang murid linus tegar dari semua sekolah daerah Pasir Gudang menyertainya. Sebahagian besarnya adalah murid lelaki. 2 orang sahaja murid perempuan. Hampir separuh dari bilangan tersebut pula adalah murid dari SJK( C ). Apa yang saya perhatikan, murid-murid ini ada yang bercirikan pendidikan khas. Bila berbual dengan gurunya, murid itu memang calon pendidikan khas tetapi tidak mendapat kerjasama dari ibu bapa untuk masuk ke kelas pendidikan khas.

Tahap mereka juga pelbagai. Ada yang kenal sebahagian huruf sahaja. Ada yang tak tahu huruf tapi bila kita sebut huruf tersebut, tahu pulak membatang dan membunyikan suku kata yang diberi. Walau bagaimanapun, memang seronok kerana semua murid memberikan respon yang positif dalam menjayakan aktiviti yang disediakan. Terlupa pulak nak bawa kamera untuk bergambar.

Petang esoknya, saya ke SK Air Hitam untuk menghadiri mesyuarat JK M3P. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras tugas di Seminar dan Mesyuarat Agung M3P pada 12 Nov. 2011 nanti di JPNJ. Semua wakil daerah diminta memaklumkan dan menjemput semua guru pemulihan dan intervensi di daerah masing-masing ke seminar tersebut . Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar.

19 - 21 Oktober pula ada Kursus Pemulihan Asas di BTPN Johor. Lepas tu sambung cuti Deepavali, seminggu. Naik sekolah peperiksaan akhir tahun. Cuti 4 hari lagi untuk Hari Raya Haji. Sekolah 2 minggu, dah cuti akhir tahun.

Hmmm...cepat betul masa berlalu. Dah nak cuti akhir tahun......

Selasa, 29 Mac 2011

I'M STILL HERE

Assalammualaikum. Saya masih di sini. ..Selalunya sempat lalu je. Hari singgah semula setelah hampir 4 bulan menyepikan diri. Masalah broadband, kesibukan dan kemalasan yang berleluasa menyebabkan blog ini sunyi dari post yang terkini. .. Hari ini merupakan hari yang menyenangkan hati saya. Hajat yang saya simpan selama ini tercapai jua. Dari mula dulu saya dah berniat nak belanja warga sekolah saya sekiranya saya dapat Guru Cemerlang. Alhamdulillah rezeki itu saya kongsikan bersama mereka hari in. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbir yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan juga rakan-rakan yang sedia membantu . Terima kasih daun keladi, ada rezeki, kita kongsi lagi.