sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Jumaat, 19 Mac 2010

ANDA MEROKOK?

Cuti lagi kita ye. Pasal tu orang yang tak faham tugas guru bising, cikgu-cikgu ni asyik cuti je. Tapi dorang tu tak tahu, tak semua cikgu bercuti. Terutamanya yang mengajar di Tahun 6. Kelas tambahan sentiasa ada sepanjang cuti sekolah. Sekalung tahniah atas jasa baik mereka. Kita yang mengajar di tahun 1 - 5 juga perlu membantu dengan memastikan semua murid menguasai kemahiran yang sepatutnya dikuasai mengikut tahap mereka. Dengan itu memudahkan lagi guru tahun 6 membentuk dan menggilap murid-murid tersebut. Tapi tu lahkan, murid-murid ni pun bermacam ragam. Yang penting kita telah berusaha.

Eh...tajuk lain, mukadimah lain pulak. Melalutlah tu. Sebenarnya memang saya nak bercakap pasal orang yang merokok. Saya memang tak suka orang yang merokok. TERUTAMANYA yang tak tahu menjaga 'etika merokok'. Apa itu 'etika merokok'? JANGAN MEROKOK DI TEMPAT AWAM' . Itu yang terutamanya.

Apa yang saya lihat ada yang merokok di mana-mana saja yang mereka suka tanpa memikirkan orang di sekeliling mereka. Di kedai-kedai makan, SELAMBA je menghembuskan asap rokok yang BERACUN itu kepada orang-orang di sekeliling mereka, hatta kepada anak-anak kecil mereka sendiri. Di pasar lambak, di tempat orang ramai beresak-sesak, SELAMBA je menghisap rokok sambil berjalan di celah-celah orang ramai. Kalaulah anak-anak kecil terkena api rokok tu macamana? Tak terfikirkah mereka? Kalau nak merokok, pergilah ke tempat yang jauh sikit dari orang ramai. Dah habis merokok, 'tawaflah' pasar lambak tu selama manapun.
Hadir sebagai tetamu di rumah orang, SELAMBA je hisap rokok dalam rumah orang yang bukan perokok dan meletakkan habuk rokoknya di dalam piring cawan. Eee...bencinya saya(mahu je saya halakan kipas angin dengan kelajuan maksima kat muka dia).

Tolonglah jaga adab sikit. Kalau nak merokok, jauhilah tempat orang ramai. Hormatilah orang di sekeliling kamu. Jadilah perokok yang beradab. Kalau nak cepat dapat penyakit, merokoklah sorang-sorang. Janganlah seret orang lain sekali . Difahamkan orang yang tidak merokok lebih mudah mendapat penyakit apabila terhidu asap rokok perokok. Jadi hormatilah kami yang bukan perokok ni. KAMI NAK HIDUP SIHAT.

kandungan rokok (macam-macam ada)

Khamis, 11 Mac 2010

SAMBUTAN MAULIDURASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan tersebut diadakan pada 11 Mac 2010 (Khamis). Sehari sebelumnya, guru-guru dah sibuk rewang sampai ke malam. Seekor lembu disembelih untuk tujuan itu . Malamnya, jamu sup tulanglah....Guru-guru 'bujang' terpaksalah berjaga sampai pagi, membantu tukang masak memasak.
Istimewanya, setiap tahun ada satu menu wajib yang ditunggu-tunggu oleh guru-guru. Nak tahu apa dia? Kalau sebelah pantai timur digelar pincuk. Bahan utamanya ialah perut dan usus lembu. Perut lembu yang telah dibersihkan direbus hingga empuk. Kemudian dipotong kecil-kecil. Bawang, cili padi, tomato, timun, dihiris halus. Gaulkan semua dengan perut tadi. Perasakan dengan garam, gula dan air asam limau nipis. Tuang air panas sedikit. Rasanya yang masam, pedas memang menambat selera. Ratah macam tu aje. Resipi ini sesuai untuk perut lembu yang baru aje. Kalau beli yang dah siap kat pasar tu , dah kurang sedap.

GAMBAR SEKITAR MAULIDURASUL PERINGKAT SEKOLAH

Ustazah Norhafizah berbincang dengan Puan Som merangkap tukang masak. Pn. Norhayati sibuk memotong nanas.

Guru-guru lelaki memotong daging lembu juga tulang. Potong, potong,....

JK membersih ayam.

Pakar membersih babat / perut lembu. Guna 'Glo' ke bang?

Babat / perut lembu yang telah siap direbus, dipotong kecil-kecil untuk dibuat pincuk.
Operasi mengeluarkan daging dari sup tulang kepala lembu.

Guru dan murid berarak sambil berselawat dengan bersemangat.

Semuanya berjalan dengan lancar. Semoga semangat gotong-royong ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Selasa, 9 Mac 2010

SIBUK AJE...

Agak lama juga tak update blog saya ni. Sibuk memang sibuk tapi tidak lah sesibuk orang lain yang boleh juga update setiap hari. Mungkin moodpun memainkan peranan. Selepas cuti tahun baru cina, sibuk menyediakan diri untuk dipantau untuk pencalonan guru cemerlang. Takut, gementar, dan tak senang duduk dibuatnya. 2 orang pemantau dari nazir negeri yang bertempat di Muar datang pada 10 Feb ( Rabu ) lalu. Mereka melihat dua sesi pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Melayu dan Matematik. Mereka duduk di kelas saya bermula 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Selain dari itu , ada sesi temu bual. Rasa macam ditemuduga pulak. Saya dah buat sebaik mungkin, doakan saya semoga berjaya.
Minggu berikutnya, sibuk pula dengan persiapan Mesyuarat Agung PIBG dan juga Hari Anugerah Cemerlang Sekolah. Selain dari itu , guru-guru diminta melengkapkan fail-fail. Ini adalah kerana Guru Besar perlu membawa dokumen-dokumen tersebut ( 3 kotak) untuk dinilai pada 10 Mac ini. Saya diminta melengkapkan SKPM.
Esok pula, 11 Mac Sambutan Mauludirasul peringkat sekolah akan diadakan. Hari ini dah sibuk rewang.
GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGUNG

AJK Pendaftaran

Pengelola peserta


Juru acara (gandingan baru dan lama).


Ketibaan VIP









Rabu, 24 Februari 2010

HAYATI








Berburu ke Padang Datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Alang-alang menyeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang menjadi guru,
Biar berbakti seikhlas hati,
Sepanjang hayat dikenang budi,
Budi dibawa sehingga mati.

Pantun ini saya dapat semasa Kursus Induksi di Hotel Seri Malaysia Endau, Rompin dalam tahun 2005. Terjumpa semasa mengemas barang-barang tempoh hari. Bagus juga untuk dihayati. Keratan sajak Bahasa Inggeris tu juga saya simpan dan baru ditemui di celahan buku-buku. Juga bagus untuk difikirkan-fikirkan.

Isnin, 22 Februari 2010

DO IT NOW!!!!!

If you're got a job to do ,
Do it now!
If it's one you wish were through
Do it now!
If you're sure the job's your own,
Don't hem and haw and groam-
Do it now!
Don't put off a bit of work,
Do it now!
It doesn't pay to shirk,
Do it now!

If youwant to fil a place,
And be useful to the race,
Just get up and take a brace-
Do it now!

Don't linger by the way,
Do it now!
You'll lose if you delay,
Do it now!
If the other fellows wait,
Or postpone until it's late,
You hit up a faster gait-
Do it now!!!!

-Anonymous-

Khamis, 11 Februari 2010

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti kepada semua. Untungkan jadi orang Malaysia, setiap kali ada musim perayaan kita dapat cuti. Cuti-cuti juga, kerja tetap ada. InsyaAllah , cuti ni saya sekeluarga akan bergotong-royong membersihkan rumah baru. Rabu lepas baru dapat kunci. Banyak juga perkara yang perlu diuruskan rupanya. Kena wayeringlah, pasang paip, gril, daftar letrik, dan bermacam-macam benda lagilah. Alhamdulillah, akhirnya impian memiliki rumah sendiri tercapai. pintu hadapan rumah

Pagar hadapan rumah

Pandangan dari sudut tepi


Pandangan dari hadapan

Syukran! syukran! syukran

Rabu, 10 Februari 2010

ANAK RUSA NANI


Anak rusa nani,

Baru kembang ekor,

Apa dosa kami,

Lalu tidak tegur.


Anak rusa nani,

Main tepi lopak,

Apa salah kami,

Senyum pun tidak.


Anak rusa nani,

Duduk tepi kotak,

Apa silap kami,

Pandangpun tidak.


Anak rusa nani,

Apa MASALAHnya,

Laaa...dah namanya rusa nani, nak tegur camana, nak senyum camana..kan..kan..kan...