sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Ahad, 31 Oktober 2010

PANDANGAN PERTAMA

Salam. Punyalah lama tak update blog ni, sampai kena buat password baru. Agaknya kalau tak update lagi tentu dah kena blok dan blog ni jadi sejarah....

Bercakap mengenai sejarah, ini adalah sejarah mengenai penemuan 'van katak' kami yang terkini. Sejarah bermula apabila kami dalam perjalanan ke bandar Raub suatu ketika dulu. Di pertengahan perjalanan , terpandang sebuah van yang sangat daif keadaannya di pinggir sebuah bengkel di lereng bukit. Setelah diamat-amati, rupanya ia adalah sebuah 'van katak'. Melihat kepada bodynya yang masih berkeadaan baik( tak de bocor ) membuatkan suami saya terus bertanya kepada tuan punya bengkel. Rupanya van sudah lama terbiar di situ dan memangpun hendak dijual. Setelah melihat kepada enjinnya serta apa yang patut, suami saya berkenan dan bersetuju hendak membelinya. Pendek kata, akhirnya jadilah van itu milik kami pula.


pandangan pertama

Pandangan dari hadapan.

Pertama kali van ini dibawa balik ke JB. Singgah sebentar di BERA, Pahang.

Sabtu, 25 September 2010

sibuknya

Salam hari raya untuk semua. Selepas menjaga UPSR, kerja datang bertimpa-timpa. Semuanya gara-gara pihak nazir berminat datang ke sekolah minggu depan untuk melihat perjalanan LINUS. Saya diminta mengemaskini fail SKPM. Punyalah banyak benda nak ditambah. Tidurpun berbantalkan fail-fail.

Selepas hari raya, rumah terbuka dan marhabbanpun bermula. Sebelum ni saya tak pernah mengikuti marhabban, sebab di kawasan quarters guru tak pernah buat. Jadi, bila dah duduk kawasan taman ni, kenalah ikut. Bagus juga, dapatlah kenal jiran-jiran. Masalahnya semuanya dalam satu masa. Gitulah kita, masa tak de kerja memang free habis. Dapat kerja, bertimpa-timpa.

Tapi itulah cabarannya.....

Sabtu, 28 Ogos 2010

Assalammualaikum.....selamat berpuasa. Semoga anda semua sihat walafiat dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. Apa menu kita hari ini ye? Semua benda yang teringin dimakan dah dicuba. Hari yang ke 18 ni, dah tak tau nak masak apa pulak.

Hari ni sekolah ganti untuk hari raya nanti. Macam biasa, ramai yang tidak hadir. Murid pemulihan lagilah pulak. Tahun 2 cuma ada 5 orang hadir yang dari 20 orang. Bagi main mainan je lah. Kalau hari biasa , tak merasalah nak main.

Semalam terima surat dari JPN. Makluman untuk pemantauan Star-rating program P1NCH. Diarahkan memantau bersama PPD dan JPN pada 29 / 9 / 2010 nanti untuk Daerah Pasir Gudang. Macam-macam yang bermain di fikiran. Terasa diri sangat kecil dan keerdil untuk memberi penilaian kepada orang lain. Semoga Allah memudahkan urusanku ini. Selepas cuti raya, kena jaga UPSR pula.

Sebenarnya ada banyak cerita nak masukkan. Tapi tak sempatlah pulak. InsyaAllah ada masa saya masukkan. Jumpa lagi....

Khamis, 8 Julai 2010

Macam-macam...

Baru-baru ni saya mengambil cuti rehat khas. Kami sekeluarga balik ke kampung saya di Raub . Bertolak dalam pukul 3 lebih. Berehat dan sembahyang di Masjid Yong Peng sebelum meneruskan perjalanan. Kami tiba di Dong lebih kurang pukul 1 pagi.

Tujuan utama perjalanan ini adalah untuk menghantar anak sulung saya mendaftar di Universiti Malaysia Pahang yang terletak di Gambang, Kuantan. Keesokan harinya, kereta yang kami gunakan mengalami kerosakan. Alamak, kena tambah budgetlah pulak...duit lagi. Yuran pendaftaran pula berjumlah RM1745. Kos membaiki kenderaan pula RM600. Memang banyak lah perbelanjaan bulan ni nampaknya.

Setelah urusan mendaftar selesai, urusan penempatan pula. Anak saya di tempatkan di tempat penginapan yang seperti rumah teres. Sebuah rumah ada 3 bilik. Rumah penginapan ini terletak agak jauh dari kelas kuliahnya. Kenderaan yang dibenarkan hanyalah basikal yang memang ada dijual di situ. Harganya tentulah lebih RM300. Kenalah belikan jugak.

Kesimpulannya, urusan sebegini sememangnya memerlukan perbelanjaan yang besar. Kena sediakan budget untuk segala kemungkinan. Hai... kenalah berjimat dan ikat perut bulan ni.

Apa-apapun Alhamdulillah....segalanya berjalan dengan lancar.

Isnin, 21 Jun 2010

Ish..ish..ish.....

Assalammualaikum.....ish..ish..ish...penuhnya sawang blog ni. Hmm..macam rumah yang dah ditinggalkan lama. Nasib baiklah masih wujud...insyaAllah lepas ni akan terisi semula. Cemburu juga melihat blog member-member lain yang diupdate selalu.

Apa cerita kali ni ya? haa...baru-baru ni saya dan keluarga pergi ke Bugfest yang diadakan di Sutera Mall. Saja..layan hobi suami . Penyertaan dari seluruh negara, kira peringkat kebangasaanlah ni. Bermacam-macam cara mereka menghias kereta antik masing-masing...memang hebat.


Berapalah budget yang dilaburkan...

Inipun jenis kereta 'katak' juga.

Salah satu van combi yang masuk pertandingan.


Van combi yang telah dilengkapi kabinet dapur lengkap dengan sinki dan dapur.

Ini van kami yang lama. Dah dimiliki oleh orang lain. Tak sangka jumpa pulak.

Van ini dilengkapi tempat tidur di atasnya.

Salah satu dekorasi combi. Kerusi dan mejanya boleh ditolak ke tepi dan menjadi katil.

Ini juga bekas van kami.

Bagus juga gi tengok..dapatlah idea macamana nak hias / lengkapkan van kami pula. Sekarang nipun kami guna van combi jugak...sedang dalam pembikinan. Orang, kalau dah minat yang antik tu, dia nak cari yang antik jugalah...layannnn je lah.

Selasa, 20 April 2010

CEPATLAH BESAR.....

Susah juga bila tak ada bahan yang selalu digunakan dalam masakan. Semuanya nak kena beli. Kalau dulu , di rumah yang lama, semua ada kat belakang rumah. Nak guna, tinggal petik je. Serai? lengkuas ? daun pandan ? daun kesum, apa-apa jelah, semua ada. Sekarang kat rumah baru, terpaksalah beli. Nak guna sikit je. Selebihnya simpan sampai kering.
Di rumah baru, saya dah tanam tumbuhan keperluan tu. Tapi, semuanya belum besar dan belum boleh dipetik. Hai..pokok..cepatlah besar......

Serai (selalu digunakan bila nak masak gulai ayam)


Kunyit( digunakan untuk masak gulai juga)

Daun kesum( masak asam pedas/laksa)

Daun pandan (masak air sirap , bahan asas kuih cara)

Lengkuas (gulai / rendang)

Haa..yang tak boleh makan..ini bunga kaktus. Kembangnya waktu malam je.

Rabu, 14 April 2010

BERTEMU LAGI...

Salam buat semua. Wahh...lama juga tak menulis di blog ni...Maklumlah..dah ada cawangan baru..Jangan salah sangka pulak..Semenjak dah ada facebook ni, terabailah pulak blog ni.. Lagipun tak ada kisah yang menarik nak dikongsi bersama. Sekarang ni, sibuk dengan facebookje la...

3 hari lepas , JU Pemulihan Khas berkampung di PSPN Johor. Kami ditugaskan memurnikan lagi instrumen yang telah dibina tahun lepas dan seterusnya membina lagi set yang lain pula. Antaranya, instrumen IPP2M Tahap 1 dan 2, IKAM Tahap 1 dan 2, II2M dan IKAM Menengah, juga Star Pulih. Memang memenatkan.

Selain dari itu maklumat terkini mengenai peranan guru pemulihan di dalam LINUS juga kami terima. Nampaknya terjawablah segala kemusykilan...Guru Pemulihan di Johor juga dah ada persatuan . Bolehlah lawati http://www.m3pjohor.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut. Jom daftar ramai-ramai..mesyuarat agung akan diadakan sekitar Jun. Selain dari itu, group pemulihan di facebook juga dapat memberi maklumat terkini. Jomlah join....

Itulah kelebihan teknologi terkini...maklumat d hujung jari.......