Selain dari rakan-rakan di maktab, saya juga mempunyai rakan karib semenjak dari sekolah rendah lagi. Kami bersekolah di sekolah yang sama sehingga ke tingkatan enam di SEMSAS, Kuantan. Kami pernah berjumpa masa raya tahun lepas. Kami berkumpul di rumah salah seorang kawan kami dan menjamu selera.Macam-macam yang kami bualkan. Suami-suami kami mati kutu. Seronoknya kami masih mengekalkan 'shape' masing-masing. Entah bilalah lagi kami akan bertemu... Walaupun kami ni semuanya cikgu dan bercuti pada waktu yang sama, tapi masing-masing ada tanggungjawab. Inilah rakan-rakan karib saya, Ana, Ja dan Rhu. Teringat zaman sekolah dolu-dolu......
Khamis, 11 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan