Rindu. Itulah perkataan yang dapat menggambarkan perasaan tika ini. Terasa sangat kerana sering meninggalkan mereka. Rasa bersalah pun ada. Minggu ini saya bertemu murid saya sehari sahaja. Minggu lepas dua hari. Minggu depan pun sehari saja. Minggu satu lagi mereka dah menghadapi peperiksaan akhir tahun.
Kebimbangan memang ada. Apa yang diajar sebelum ni tak mungkin melekat di jiwa mereka. Seperti hari ini , setelah 4 hari tidak berjumpa, masih ada murid yang belum dapat menjawab soalan tolak dalam lingkungan 18 dalam bentuk lazim. Ada juga yang boleh buat terus tanpa bantuan. Ada yang perlu diimbas kembali. Ada yang memerlukan bimbingan individu. Hai..nak buat camna ni..Ditelan mati emak. Diluah mati bapak. Kera di hutan disusukan. Anak sendiri mati kehausan.
Semoga tahun hadapan kekurangan ini dapat ditebus kembali. Harap-harapnya tahun hadapan tidaklah sesibuk ini, supaya fokus kerja dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Atau...letak jawatan JU?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan