sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Selasa, 1 Disember 2009

CUTI SEKOLAH YANG PANJANG

Cuti sekolah dah bermula pada 20/11/2009 yang lalu. Kini dah hampir 2 minggu cuti bermula. Minggu pertama bermula hari sabtu hingga rabu semua guru diarahkan bertugas. Saya pula hanya sempat bertugas pada hari sabtu sahaja. Hari isnin saya berkursus di Damai Desaru sehingga hari rabu. Nampaknya perjuangan belum berakhir. Masih banyak tugasan yang perlu dibereskan tahun hadapan.
Maklumat terbaru, program KIA 2M akan diganti dengan Program Linus yang merupakan singkatan Literasi dan Numerasi. Dengar namanya canggih je gitu, tapi sebenarnya kemahiran asas tulah juga. Jika KIA2M hanya memberi tumpuan kepada membaca dan menulis, tetapi Linus menitikberatkan 3M. Guru Pemulihan pula perlu mengambil murid linus seawal bulan Mac, iaitu selepas ujian saringan 1.
Semuanya lantaran KIA 2M dikatakan tidak dapat mengekang jumlah murid yang tidak menguasai 2M. Tambahan pula selari dengan NKRA pendidikan yang mensasarkan murid sekolah rendah yang normal perlu menguasai kemahiran asas selepas berada 3 tahun
di Tahap 1.
Sememangnya murid Tahun 1 adalah penentu pencapaian sekolah. Dari tahun 1 kita dah dapat bayangkan pencapaian mereka 6 tahun akan datang. Jika baik murid di tahun satu, maka akan baiklah pencapaian sekolah nanti. Jika ramai yang tidak menguasai 3M di tahun 1, sekolah tersebut akan bermasalah di kemudian hari. Bila mereka naik ke Tahun 2 dan 3, guru pemulihanpun belum tentu dapat memulihkan KESEMUA mereka. Inilah cabarannya. Memastikan mereka menguasai 3M sebelum melangkah ke Tahap 2.
Guru di Tahun 1 hendaklah dilantik dari guru yang berpengalaman. Guru baru pun boleh juga, tetapi kenalah bersungguh-sungguh membentuk murid-murid 'rebung' ini. Belajarlah dari mereka yang berpengalaman. Kecemerlangan sekolah bermula di Tahun 1.
Cabaran 2010 menanti kita, guru pemulihan.

1 ulasan:

  1. salam cikgu faizah,

    saya Arief mengajar di kapit..cikgu mengajar di sekolah mana ye..cuti2 sekolah ni kalau dapat menimba ilmu dan melwat ke sekolah cikgu utk dijadikan contoh best juga kan..boleh ke saya dan rakan guru pemulihan dtg melawat ke kelas cikgu? kebtulan saya mmg org Jb..

    BalasPadam