sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Selasa, 14 Julai 2009

Jalan-jalan


Keesokan harinya kami bawa mereka ke Ayer Hitam. Mak nak cari pasu kecil untuk buat bonsai manik. Kami selalu juga lalu kat ayer hitam tu bila balik Batu Pahat. Tapi tak pernah singgah. Maklumlahkan kena ikut driver.


Bersama opah dan mak ngah kesayangan...sebelum bertolak ke Ayer Hitam.



Bersama atuk kesayangan

Tiga sepupu yang jarang jumpa.

Lepas jalan-jalan di situ kami gi makan kat sebuah restoren mamak. Nampaknya macam sedap je. Tapi rupanya 2 bintang je boleh diberi. Lain yang diorder lain pulak yang diberi. Lalat punyalah banyak.

Meriah dengan lalat.

Gembira dengan pertemuan ini. Dapat juga melepaskan rindu. Esoknya abah call. Puas hati coz dapat jumpa semua anak-anaknya. Balik dari Johor hari tu dorang singgah di KL rumah adik yang bongsu. Saya pula gembira kerana dapat buah tangan dari kampung yang dibawa oleh mak dan abah seperti buah salak yang ditanam oleh abah, gula kabung, rendang rusa dan kuah pecal yang dibuat oleh emak. At least lepaslah rasa rindu pada semua tu. Mereka memang memahami. Terima kasih mak, abah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan