sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Rabu, 15 Julai 2009

Kerja..kerja..kerja


Kerja...kerja...kerja. Tak de kerja tak de gaji . Nak gaji kerjalah. Mulai 14 hingga 16 Julai saya berada di Hotel Selesa JB untuk mesyuarat penyelarasan projek CEKAP peringkat kebangsaan. Saya ditugaskan sebagai tenaga pengajar untuk projek tersebut. Setiap pengajar ditetapkan untuk menggunakan kaedah samada tradisional, dengan BBM atau guna ICT. Saya kena kaedah ICT dengan nisbah murid 15 orang. Yang bagusnya, bahan utk. ICT dah disediakan. Tinggal guna je. Yang kena ngajar guna BBM je yang sibuk buat BBM. Projek ini untuk mengkaji kaedah yang mana sesuai untuk murid pemulihan dan juga nisbah bilangan guru:murid yang sesuai.Bilik penginapan saya di tingkat 24 .Mak oiii... tempat tertinggi saya pernah berada. Gayat bila tengok ke bawah.
Pandangan dari bilik tingkat 24

Tiada ulasan:

Catat Ulasan