sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Rabu, 18 November 2009

KD SULTAN ISMAIL

Pada 13 - 15 November yang lalu saya sekeluarga ke Kem Pularek di Tanjung Penggelih. Jauh betul tempat tu. Penghujung jalan. Saya mengikut sekolah suami yang mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform di situ. Tempatnya cantik.

Bergambar di jejambat menghala ke jeti.

Murid-murid tidur di dalam khemah yang disediakan oleh pihak Kem. Setiap khemah diisi dengan 10 katil askar dan menempatkan 10 orang budak. Makan dan minum disediakan oleh pihak Kem juga. Guru-guru pula diberi bilik pelatih yang menempatkan 2 katil. Macam bilik asrama gitu. Nak mandi, kena keluar ke bilik air. Teringat zaman kat asrama dan maktab dulu.

Bergambar dengan bot TLDM sebelum makan BBQ


Malam pertama di sana kami disajikan dengan BBQ. Ada ikan, ayam dan udang bakar juga nasi goreng cina. Seronok, makan tepi laut sambil melihat feri dari Batam yang baru tiba di jeti.

Feri dari Batam

Keesokan paginya kami pergi memancing di jeti. Air baru nak surut. Mula-mula La dapat anak ikan kerapu. Lepas tu suami dapat pula ikan Bayan. Mulalah rasa seronok nak memancing. Tak perlu guna joran yang canggih. Guna tali pancing , batu, mata kail dan umpan . Turunkan je di tepi jejambat tu. Tak payah nak campak jauh-jauh. Memang dapat punya. Anak ikanpun anak ikanlah.

Ikan Bayan yang memakan umpan


Anak ikan kerapu yang dipancing oleh La


Bergambar berlatarbelakangkan feri dari Batam

Pada waktu petangnya. murid-murid menjalani aktiviti ketahanan diri di dalam air. Mereka dibawa masuk ke dalam air laut sehingga kedalaman yang tertentu. Habis baju-baju mereka diwarnai lumpur.

Pada pagi Ahad pula diadakan senamrobik bersama pelatih TLDM dan dipimpin oleh jurulatih mereka. Pelatih perempuannya tak dapat nak dibezakan kerana rambutnya dipotong pendek macam lelaki. Memang nampak tomboy.Selepas sarapan saya dan anak-anakberendam di kolam renang yang terdapat di situ. Seronoknya dapat berendam. Kalau selalu dapat begini kan best.

Adik Dah bermain di kolam kanak-kanak.


Bermain di kolam renang. Kami dibekalkan dengan 'pelampung'.

Bergambar dengan catur gergasi.

Suhaila dengan buah catur.

Sakinah dengan buah catur pilihan.

Fateh dengan buah catur 'kuda'.

Suaidah dengan buah catur pilihan.

Pemandangan dari atas bukit.

Berlatarbelakangkan jeti feri Batam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan