sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Selasa, 3 November 2009

KEM KOAKADEMIK 1

Kem Ko Akademik Murid Pemulihan Khas dan Disleksia Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Desaru Golden Beach Resort. Seramai 161 orang murid pemulihan dan disleksia dari seluruh Malaysia berkampung di sini dari 1 November hingga 5 November 2009. Semua JU Pemulihan Khas dikerah menjadi urusetia. Hari pertama , pendaftaran peserta berjalan lancar. Yang jauh sampai lewat dan keletihan. Urusetia bermesyuarat sehingga pukul 1.00 pagi. Mengantuk tak terkira.....

Pagi Isnin semua murid dan guru pengiring mengikuti program Malaysia cergas yang diisi dengan senaman ringan dan juga ice-breaking. Murid-murid dan guru begitu sporting dan bersemangat mengikut arahan Cikgu Reduan.







Selepas bersarapan, murid-murid telah dibahagikan kepada 10 kumpulan. Program pertama ialah Jati Diri. Setiap kumpulan diminta mereka cipta bendera dan nama kumpulan. Mereka juga melukis poster kumpulan.


Aktiviti pada sebelah petang diisi dengan aktiviti Mencabar Minda. Malamnya pula latihan kebudayaan. Selepas selesai, urusetia bermesyuarat lagi untuk persediaan hari esok dan juga post-mortem hari ini. Pukul 12.00 lebih lagi...

Keesokan harinya selepas bersenam dan aerobic (poco-poco dan chicken dance oleh cikgu Itaerdayu) murid-murid mencari harta karun pula. Sebelah malam pula Pertandingan kebudayaan. Wah..berbakat juga anak-anak didik tu.
Hari Rabu diisi dengan sukaneka dan juga kuiz. Sukaneka dijalankan selepas kuiz kerana hujan. Pada waktu petang rehearsal untuk majlis penutup malam nanti dijalankan. Sebahagian murid pergi ke padang golf. 4 negeri dipilih untuk membuat persembahan berdasarkan keputusan 4 yang terbaik.

Saya akan memasukkan gambar-gambar di sekitar kem ini lain kali. Ini adalah kerana masa yang diambil untuk memuat turun gambar sangat lambat. Masa juga amat terhad. Insya Allah.

Apa yang pasti, kem koakademik ini berjaya menyatupadu murid-murid dari pelbagai kaum dan negeri. Selain dari itu urusetia juga bersatu tenaga dan jiwa raga dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Syabas untuk semua urusetia. Moga dapat bekerjasama lagi di lain masa. Terima kasihhh semua!!!!!
Renung-renungkan.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Cubit peha kiri, peha kanan terasa.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Bagi aur dan tebing.
Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan.
(nantilah..belum khatam lagi belajar ngan Karam Singh Walia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan