sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Ahad, 6 September 2009

BERCUTI DI KAMPUNG

Alhamdulillah. Akhirnya minggu ini saya sekeluarga berkesempatan balik ke kampung suami di Parit Bengkok, Batu Pahat. Lama juga kami tak balik bermalam. Selalunya balik hari sahaja. Bukannya apa, cuma keadaan rumahnya yang agak uzur tidak mengizinkan kami bermalam.


Sekarang ni kami sedang membina rumahnya (merangkap rumah kami) di tanah suami. Tak jauhpun. Seberang jalan je. Pembinaannya tu pun penuh kontraversi. Biasalah bila melibatkan wang. Betullah pepatah melayu berkata ' Seorang ibu boleh menjaga anak yang ramai, tetapi anak yang ramai itu belum tentu boleh menjaga ibu yang seorang ' .

Tapak rumah baru

Rumah yang hampir siap



Rumah baru tu pun dah boleh duduk. Mak pun dah pindah ke rumah baru itu walaupun belum ada elektrik dan air. Budget kami pun dah habis. Mengharapkan ihsan dari anak-anaknya yang lain...bagai menunggu buah yang tidak gugur. Bagai menunggu ayam jantan bertelur (tapi saya pernah jumpa ayam jantan bertelur). Ahh.. lupakan....

Kami bertolak dalam pukul 10.00 lebih. Setibanya di Batu Pahat lebih kurang 12.00 lebih. Beberapa tempat saya lihat sudah ada penjual yang menjual makanan dan dah ada pembeli juga. Pukul berapalah agaknya penjual tu mula memasak. Lepas sahur agaknya. Yang menjadi persoalannya apakah motif dia menjual sebegitu awal. Mungkin sasarannya adalah pembeli dari bukan Islam. Namun apa pula motif pembeli Islam yang membeli makanan seawal itu? Simpan untuk berbuka ke? Awalnya.....sejuk makanan tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan