sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Rabu, 9 September 2009

MALANG TIDAK BERBAU

Mesyuarat penyelarasan tugas di SKPK Batu Pahat untuk kursus minggu hadapan berjalan lancar meskipun di dalam bilik yang sekejap sejuk sekejap panas. Setelah mendapat tugasan yang diamanahkan aku bergegas keluar. Hajat di hati nak singgah di Euro Moda/Gulathis. Saja cuci mata. Nanti bolehlah singgah di Parkson bersebelahan untuk mencari kasut. Kasut yang akan kugunakan untuk menjaga peperiksaan UPSR esok. Kasut yang bertumit rendah kerana khabarnya jaga periksa tak boleh duduk. Kena berdiri sepanjang masa. Ini adalah kali pertama aku menjaga periksa. Belum ada pengalaman, cuma mendengar cerita orang.
Kunci kereta ku ambil dan seterusnya ku buka pintu kereta. Telefon bimbit kucapai dan menekan punat 'last call'. Nombor terakhir ku dail. Terdengar suara suamiku menjawab telefon. Aku memaklumkan yang aku akan bertolak pulang. Enjin kereta ku hidupkan. "Dah masuk keretapun nak calling-calling lagi?" "Biasalah kak, sampai beritahu, nak balik pun kena beritahu." Rakan seperjuangan menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi.

Gear undur aku masukkan, dan cuba bergerak. Enjinnya mati dan kereta terasa berat. Aku hidupkan sekali lagi enjin dan cuba mengundurkan kereta. Berjaya tetapi hati rasa tidak sedap. Lalu aku memberhentikan kereta dan turun melihat sesuatu yang aku syaki. Sah! Tayar keretaku pancit!!! Alamak! siapa nak tolong aku ni... Aku tak pandai bab-bab tukar tayar ni. Yang aku tahu cuma pandu. Telefon bimbit kucapai. Nombor C.Ateh ku dail. Siapa lagi yang boleh aku minta tolong kalau bukan C.Ateh kerana aku masih di dalam kawasan sekolahnya! Dipendekkan cerita akhirnya C.Ateh, seorang gurunya dan pengawal keselamatannya telah menolong ku menukarkan tayar. Bermandi peluh mereka membantuku. Kasihan pulak aku melihatnya Nak belanja minum, bulan puasa. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka. Syukur Alhamdulillah..dipertemukan dengan orang yan baik-baik.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada mereka, aku bertolak pulang. Sebelum itu aku singgah di kedai tayar untuk menampal tayar. "Kak, tayar ni tak de bocorpun. Tak payah tampal . Tapi break-pad akak ni dah haus. Kena tukar ni. Kalau tidak akan merosakkan disk.Lagi banyak kos ." Alamak! disk apa pulak ni. Yang aku tahu cuma disk komputer. "Berapa kosnya dik?" " Murah je, cuma RM65 sepasang." Setelah mencongak-congak di dalam kepala, aku mengambil keputusan untuk menukarnya." Memasangnyapun tidak mengambil masa yang lama. Setelah membuat pembayaran, akupun bertolak. Singgah juga di Square tu. Dapatlah beli kasut. Nak ke Euro Moda pun dah tak sempat. Aku selamat sampai di rumah pada jam 5 petang. Nak masak? Penat....beli jelah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan