sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Rabu, 17 Jun 2009


Hari ni baru hari ketiga persekolahan tapi rasanya macam dah berhari-hari sekolah penatnya. Hari pertama sekolah dah sibuk dengan urusan fail Skim Bantuan Tuisyen. GPK HEM minta kemaskini coz pemantauan dari PPD telah bermula. Hari kedua mesyuarat P1NCH peringkat sekolah. Tak tahulah camane. Sambutan dingin je dari cikgu-cikgu bila tanya cadangan program yang nak dibuat di bawah P1NCH. Seorang berdua je yang respon , selebihnya bler je.Itu baru di peringkat sekolah. Situasi ini membuatkan saya merasa ngeri untuk menyampaikan maklumat P1NCH di peringkat daerah pula nanti. Hari-hari berikut ni pula saya sibuk menjalankan ujian IPP2M untuk pelepasan murid-murid pemulihan saya. Harap-harap mereka boleh menjawab dengan baik dan melepasi wajaran. Risau gak coz selalunya naik cuti ni budak-budak tu lupa. Contohnya , hari ni saya bagi ujian matematik , ramai jugak yang lupa camana nak tambah mengumpul semula. Adoi.... camane nak pupuskan masalah budak pemulihan ni!Tension........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan