sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Khamis, 11 Mac 2010

SAMBUTAN MAULIDURASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan tersebut diadakan pada 11 Mac 2010 (Khamis). Sehari sebelumnya, guru-guru dah sibuk rewang sampai ke malam. Seekor lembu disembelih untuk tujuan itu . Malamnya, jamu sup tulanglah....Guru-guru 'bujang' terpaksalah berjaga sampai pagi, membantu tukang masak memasak.
Istimewanya, setiap tahun ada satu menu wajib yang ditunggu-tunggu oleh guru-guru. Nak tahu apa dia? Kalau sebelah pantai timur digelar pincuk. Bahan utamanya ialah perut dan usus lembu. Perut lembu yang telah dibersihkan direbus hingga empuk. Kemudian dipotong kecil-kecil. Bawang, cili padi, tomato, timun, dihiris halus. Gaulkan semua dengan perut tadi. Perasakan dengan garam, gula dan air asam limau nipis. Tuang air panas sedikit. Rasanya yang masam, pedas memang menambat selera. Ratah macam tu aje. Resipi ini sesuai untuk perut lembu yang baru aje. Kalau beli yang dah siap kat pasar tu , dah kurang sedap.

GAMBAR SEKITAR MAULIDURASUL PERINGKAT SEKOLAH

Ustazah Norhafizah berbincang dengan Puan Som merangkap tukang masak. Pn. Norhayati sibuk memotong nanas.

Guru-guru lelaki memotong daging lembu juga tulang. Potong, potong,....

JK membersih ayam.

Pakar membersih babat / perut lembu. Guna 'Glo' ke bang?

Babat / perut lembu yang telah siap direbus, dipotong kecil-kecil untuk dibuat pincuk.
Operasi mengeluarkan daging dari sup tulang kepala lembu.

Guru dan murid berarak sambil berselawat dengan bersemangat.

Semuanya berjalan dengan lancar. Semoga semangat gotong-royong ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan