sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Ahad, 19 Disember 2010

LOGHAT

Salam. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menulis kali ini, setelah beberapa masalah dihadapi. Masalah pertama, bermula dengan kerosakan broadband. USB pada modem itu goyang dan tak boleh nak connect. Oleh kerana masih di dalam kontrak,sehingga Mei 2011, saya ke Celcom untuk menukarkannya. Malangnya, kerosakan luaran tidak termasuk di dalam kontrak. Kalau beli modem baru harganya RM190. Kalau daftar baru, baru RM100. Nak taknak, daftar je la yang baru. Bil, dua-dua jalan . Ada rezeki, beli modem je pulak nanti.
Kali ni saya nak bercakap mengenai dialek. Anda tentu biasa mendengar " Ulau atas pagau, melingkau-lingkau". Atau, " Bier pape, asal bergaye". Tapi pernahkah anda mendengar" Ayer kupi dalam kule, digude-gude?"Maksudnya, " Air kopi di dalam kole, digode-gode". 'digode-gode' tu maknanya dikacau-kacau. Itulah dialek kampung saya . 'kome', 'deme', 'hokme' adalah antara ganti nama diri yang digunakan seharian oleh generasi lama. " Kome nak ke kedai ".
" Deme tak ke pekan?" "Itulah hokme, kome dah kata, jangan buat." " Pepaleh deme.."
Seronok sebenarnya mendengar generasi lama ini berbual dalam loghat mereka. Leka mendengarnya. Generasi muda sudah jarang menggunakannya. Maklumlah, masing-masing dah merantau dan balik sekali-sekala. Macam saya la...hinggakan kawan karib saya berkata,
" Wah, Faizah, deme dah tak cakap orang Dong yek, bunyi cakap orang Johor je".
Bukan melupakan asal-usul, cuma kadang-kadang persekitaran mengubah kehidupan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan