sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Jumaat, 28 Ogos 2009

MENU BERBUKA

8 pasang baju dah siap digunting. Belum jahit lagi tu. Mencantum untuk dijahit taklah susah sangat. Yang malas tu menggunting. Haa..baru hari ni sempat buka blog. Berbuka apa hari ni ye...Kalau kuih tunjuk tu memang banyak kat Bazar Ramadan. Macam-macam ada. Sekali-sekala bolehlah beli. Kalau selalu, lari budget.

Kalau membeli di luar, saya akan beli dengan penjual yang saya kenalpasti jualannya terjamin bersih dan sedap. Di tempat saya ada seorang penjual Bazar Ramadan yang setiap tahun menjual menu dari Kelantan. Saya memang cari dia setiap Ramadan. Menu seperti kuih akok, nasi kerabu, laksam, menjadi pilihan. Memang sedap.


Selalunya saya lebih suka memasak. Selain jimat, terjamin kebersihan dan menepati selera. Semalam saya masak kuih cara. Buat kuih cara senang je, nak memasaknya yang leceh. Sekali masak cuma dapat 3 pasang je sebab acuannya cuma ada 6 lubang. Masak kuih cara ni seronok bila bukan di bulan puasa. Masak di bulan puasa, kuihnya boleh dikumpulkan. Kalau hari biasa, sekali masak, habis. Tunggu lagi, masak, habis lagi. Maklum askarnya ramai, berebut-rebut. Akhirnya tukang masaknya tak dapat makan. Nostalgia tu....


kuih cara manis


Sebelum tu dah masak bubur puteri berendam. Ianya diperbuat daripada tepung pulut yang diadun dengan air garam dan di bulat-bulatkan kecil kemudian penyekkan tengahnya. Lepas tu rebus. Cuti sekolah ni ramailah pembantu(anak-anak) . Cepatlah siap. Kalau tak malas juga nak menggentelnya sorang-sorang.

pembantu-pembantu profesional

Hari ni ? Rasanya macam nak makan nasi lemak je . Ada udang dalam peti sejuk. Bolehlah masak sambal udang. Apapun selamat berbuka puasa untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan