sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Jumaat, 28 Ogos 2009

MENU BERBUKA

8 pasang baju dah siap digunting. Belum jahit lagi tu. Mencantum untuk dijahit taklah susah sangat. Yang malas tu menggunting. Haa..baru hari ni sempat buka blog. Berbuka apa hari ni ye...Kalau kuih tunjuk tu memang banyak kat Bazar Ramadan. Macam-macam ada. Sekali-sekala bolehlah beli. Kalau selalu, lari budget.

Kalau membeli di luar, saya akan beli dengan penjual yang saya kenalpasti jualannya terjamin bersih dan sedap. Di tempat saya ada seorang penjual Bazar Ramadan yang setiap tahun menjual menu dari Kelantan. Saya memang cari dia setiap Ramadan. Menu seperti kuih akok, nasi kerabu, laksam, menjadi pilihan. Memang sedap.


Selalunya saya lebih suka memasak. Selain jimat, terjamin kebersihan dan menepati selera. Semalam saya masak kuih cara. Buat kuih cara senang je, nak memasaknya yang leceh. Sekali masak cuma dapat 3 pasang je sebab acuannya cuma ada 6 lubang. Masak kuih cara ni seronok bila bukan di bulan puasa. Masak di bulan puasa, kuihnya boleh dikumpulkan. Kalau hari biasa, sekali masak, habis. Tunggu lagi, masak, habis lagi. Maklum askarnya ramai, berebut-rebut. Akhirnya tukang masaknya tak dapat makan. Nostalgia tu....


kuih cara manis


Sebelum tu dah masak bubur puteri berendam. Ianya diperbuat daripada tepung pulut yang diadun dengan air garam dan di bulat-bulatkan kecil kemudian penyekkan tengahnya. Lepas tu rebus. Cuti sekolah ni ramailah pembantu(anak-anak) . Cepatlah siap. Kalau tak malas juga nak menggentelnya sorang-sorang.

pembantu-pembantu profesional

Hari ni ? Rasanya macam nak makan nasi lemak je . Ada udang dalam peti sejuk. Bolehlah masak sambal udang. Apapun selamat berbuka puasa untuk semua.

Selasa, 25 Ogos 2009

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Salam Ramadhan untuk semua. Awal Ramadhan jatuh pada awal cuti persekolahan. Dapatlah berkumpul dengan anak-anak menyambut Ramadhan seminggu. Kecuali yang sulung, hanya sempat 2 hari berpuasa bersama kerana terpaksa pulang ke kolej semula.

Cuti ni saya terlibat juga dengan kelas tambahan tahun 6. Sehari je. Aktiviti cuti ni? Apa lagi jahit bajulah. Selain menjahit baju untuk anak-anak, ada juga member-member yang mintak tolong jahit baju. Mereka dah bagi kain lama dah. Tapi janji nak raya so, sekarang baru nak jahit. Tapi selalunya baju keluarga sendiri tak sempat nak jahit. Malam raya baru sibuk nak menyembat.Tahun ni berazam nak siapkan cepat. Tema? entahlah ye. Apa-apa yang berkenan jelah.

Sesetengah orang dah menyediakan persiapan raya 2,3 bulan sebelum puasa. Dah siapkan tema untuk keluarga. Persiapan merangkumi pakaian dan langsir dll. Yang utamanya baju ngan langsirlah. Siap pantau kedai kain. Saya tidak mempunyai masa untuk merancang begitu. Kena jimat cermat. Maklum askar ramai. Langsirpun tak tukar. Last year lawa lagi. Kuih pulak saya lebih suka buat sendiri(macamlah banyak masa). Kah!kah!kah! Sejenis dua je. Selebihnya beli kerepek je.

Rabu, 19 Ogos 2009

Saya di Hotel Selesa PGudang

Hari ke 3 di sini. Berserabut kepala. Bersama-sama rakan seperjuangan Kak Jamilah, Fadzlun, Ridzuan (Pakar Grafik) dan Dayah.

Selasa, 18 Ogos 2009

KELAS PEMULIHAN SAYA

Hari ini hari ke 2 kami berkampung di Hotel Selesa Pasir Gudang. Masih menunggu beberapa sekolah menghantar maklumat. Di samping menunggu maklumat tu kami menyiapkan instrumen untuk BM dan Matematik Tahap 2 mengikut kumpulan. Sambil-sambil tu saya memasukkan gambar kelas saya. Kelas saya dah dapat naik taraf tahun 2008. Sebenarnya belum hias all-out lagi . Tak sempat je.







Sudut santai










Sudut pembelajaran 2













Sudut matematik














Sudut matematik










Sudut Bahasa Melayu

Mesyuarat di Hotel Selesa Pasir Gudang

Sekali lagi JU Pemulihan negeri Johor berkampung untuk ke sekian kalinya di Hotel Selesa Pasir Gudang untuk mengemas kini data P1NCH daerah masing-masing di samping membina instrumen IPP2M & IKAM Tahap 2. Kami berkampung mulai 18/8/2009 hingga 20/8/2009. Pening juga kepala memasukkan data ni apabila ada sekolah yang tidak menghantar mengikut format yang disediakan. Ada guru yang tidak memasukkan enrolmen pelajar, sebaliknya memasukkan bilangan murid pemulihan je.




Kelasku yang dirindui.
(Sudut Bacaan)









Sudut Pembelajaran

Selasa, 11 Ogos 2009

Sekitar Hari Terakhir Program CEKAP





Murid-murid angkat saya






Sebahagian tenaga pengajar
(pembantu penyelidik).Terdiri
dari guru-guru berpengalaman
lebih 10 tahun dan juga yang
baru posting (sebagaimana
dikehendaki dalam kajian)



Saya di hadapan Backdrop penutup

Sabtu, 8 Ogos 2009

Hari terakhir Program CEKAP

Setelah bertungkus-lumus mengajar murid-murid untuk kajian program cekap ini, akhirnya tibalah hari terakhir(6 Ogos 2009/ Khamis). Setelah belajar untuk sejam yang terakhir murid-murid diberi ujian pos bagi menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi pencapaian murid. Antaranya faktor kesihatan. Seorang murid saya dari Pahang demam dan tidak dapat hadir pada hari tersebut. Beliau diberi ujian pada sebelah malamnya(kerana group luar dari Johor balik pada hari Jumaat). Majlis penutup disempurnakan oleh Pn. Rozainum bt. Ahmad ,Timbalan Pengarah BPK Kementerian Pelajaran Malaysia. Sempat jugalah kami tenaga pengajar bergambar dengan beliau. Nanti saya masukkan gambar majlis penutup tu. Dah beberapa hari saya cuba masukkan gambar, tapi asyik gagal je.

Khamis, 6 Ogos 2009

Program CEKAP

Mulai 2/8/09 hingga 7 Ogos saya terlibat dengan Program Cekap di Hotel Selesa. Program ini melibatkan murid tahun 2 yang terpilih dari seluruh negara sebagai responden dalam eksperimen ini. Kajian ini bertujuan untuk melihat nisbah murid dengan guru pemulihan yang sesuai. Dalam kajian ini saya terlibat sebagai tenaga pengajar untuk kumpulan 15 orang murid dengan menggunakan kaedah ICT. Hari pertama murid-murid diberi ujian pra . Hari kedua murid mula belajar. Terdapat 6 slot yang perlu diajar kepada murid. Alhamdulillah, hari pertama pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebelah petangnya semua murid berpeluang menaiki kapal marine laut dari Danga Bay ke Tanjung Pelepas. Punyalah lama.. 3 jam perjalanan. Hinggakan ada murid yang tertidur.






Sebelum menaiki kapal


Kapal baru bertolak.











Tolong kami, bantu kami,
guru-guru yang keletihan....