sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Rabu, 31 Mac 2010

PENIAGA KITA

"Dik, kelapa parut sebiji", kata saya kepada seorang penjual di kedai runcit. Waktu itu tiada orang lain selain saya. Sebelum itu saya lihat di kedai itu juga ada menjual keledek. Nampak macam baru. Kalau digoreng untuk minum petang tentu sedap. Dibuat kuih keriapun sedap juga. Tak pelah, dari hasrat nak beli kelapa dah tambah budget beli keledek pula.

"Alamak kak, saya sorang je jaga kedai hari ni. Tak sempatlah nak parut", sahut si peniaga. Saya melihat keliling. Tak ada pun pelanggan lain. Takkanlah nak parut kelapa sebijipun tak sempat. Lagipun saya lihat dia cuma menyusun barang-barang di depan kedainya aje. Oklah, bukan rezeki saya nak beli kelapa parut dan keledek dengan dia juga bukan rezeki dia hari ini. Minta maaf, lain kali saya tak akan ke kedai itu lagi.

Itulah peniaga kita, tak tahu nak jaga hati pelanggan. Pelanggan ni kalau hatinya dah tersinggung, mereka tak akan ke kedai itu lagi. Layanlah pelanggan dengan baik. Tapi bukanlah layan dengan cara mengekor ke mana saja pelanggan pergi. Inipun satu lagi masalah. Saya paling tidak suka sekiranya, diekori di dalam kedai. Macamlah kita ni ada iras muka penyangak yang nak merembat barang mereka. Sebab itulah saya lebih suka berbelanja di pasar besar atau pasaraya. Semuanya ada dan paling penting tidak diekori. Kita boleh membuat pilihan dengan lebih aman.

Pernah juga saya pergi ke sebuah kedai kain yang terkenal dan selalu mengadakan promosi. Pekerjanya mengekori ke mana sahaja dari tingkat 1 hingga 5. Sebagai seorang pembeli saya rasa saya berhak melihat semua yang ada di kedai itu sebelum memilih untuk membeli.Oleh kerana rasa tidak selesa, saya terus turun semula ke tingkat bawah dan berhasrat untuk balik sahaja. " Takkanlah dah datang tak beli apa-apa?" tanya pelayan kedai itu. Nak beli apa? saya memang datang nak tengok je. Ada sebuah kedai kain tu pula, saya rasa lebih selesa kerana berpeluang membuat pilihan sendirian. Beleklah selama manapun, tak de yang mengganggu. Kalau perlu bantuan barulah panggil pelayan kedai.

Satu lagi peniaga kedai makan. Ambil order bukan main lagi tulis. Bila bab kira, wah, main congak je. Cuba suruh dia tulis dan kira semula, memang berbeza jumlahnya. Untung dia saja. Tak salah rasanya kalau dicatat harga dan dijumlahkan kemudian diberikan kepada pelanggan supaya pelanggan tidak rasa ditipu. Kalau makanannya sedap, kita tak berkira sangat, tapi kalau tak............sorry..tak datang lagi dah.

1 ulasan:

  1. Apa yang C. Faizah tulis, sama apa yang saya pernah fikir dan akan selalu memikirkannya.....

    BalasPadam