sayangilah diri kita sebelum orang menyayangi kita

Ahad, 4 Oktober 2009

KENANGAN TERINDAH 2

Gambar kenangan di hari raya 2009




Inilah pokok buah salak. Menu tambahan di hari raya. Rumah lain tak ada, tapi di rumah abah
di Raub ni dihidangkan buah salak.

Setandan buah salak yang disimpan khas untuk saya. Terima kasih abah.

Haa... inilah kuih putu kacang yang saya ceritakan dulu. Di Johor digelar kuih koya. Jika dibuat secara tradisional rasanya memang sedap. Dulu-dulu kacang dan gulanya ditumbuk secara manual.

Inilah sahabat baik saya . Kami belajar dari darjah 1 di sekolah yang sama sehinggalah ke tingkatan 6. Selepas STPM, dia menyambung belajar di universiti sementara saya cuma ke maktab je. Hampir dua tahun juga kami tak bertemu. Terima kasih di atas kunjungan.

1 ulasan:

  1. PASAL KUIH KOYA:
    Masa saya bersekolah rendah dulu saya selalu tolong mak buat kuih koya. Mak suruh saya bawa kacang hijau untuk dijadikan tepung di kedai mamak. Kacang hijau yang telah jadi tepung itu dimasukkan ke dalam pencetak yang diperbuat daripada kayu. Mampatkan guna ibu jari. Bila dah mampat, kayu tu diketuk-ketuk ke lantai untuk keluarkan kuih koya. Bunyi tok...tok...tok....sampai jiran komplen tak boleh tidur, sebab kami buat selepas waktu syahur.

    BalasPadam